Wednesday 4 January 2012

Hidup Ini

      Setiap insan dimuka bumi ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa , namun kita semua masih di beri kesempatan untuk bertaubat selagi hayat di kandung badan . disini ingin dikongsi satu kisah yang harap dapat memberi sedikit renungan pada semua yang masuk blog ini .

Seorang Hamba Allah lelaki dilahirkan dalam suasana yang penuh dengan keagamaan , kasih sayang dan juga sedikit hiburan . Di besarkan dengan didikan agama , ilmu akhirat dan ilmu dunia .. diberi sama rata. Tapi sebagai manusia , kita akan selalu diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Aku memang suka muzik sejak kecil lagi , berusia 7 tahun mendapat pengaruh dari abg aku sendiri dan juga pak su  dengan alunan muzik-muzik rock era 80 an – 90 an   masa tu tahun 1991 , era of Black Album Metallica . Aku mula berjinak2 dengan belajar bermain gitar dengan abg aku dan belajar bermain drum dengan pak su.

Minat fanatik pada muzik membuatkan Aku menubuhkan sebuah band pada usia 15 tahun , bersama 3 orang member lagi . walaupun masih dibangku sekolah sedikit pun tidak menghalang Aku untuk meluangkan masa untuk jamming , practice , dan “small gig” . Namun Aku tidak sedar  mungkin kerana Aku sudah mula meninggalkan solat , baca al-qUran lagilah , seakan2 dunia remaja adalah segala – gala nya dan terus hanyut dalam dunia heavy metal  , thrash metal hingga tamat sekolah .

Beberapa bulan selepas result SPM ,  Alhamdullilah rezeki dari ALLAH S.W.T  , Aku dan rakan band Berjaya further study ke peringkat diploma di salah satu IPTA di Malaysia ini . Disinilah bermulanya dunia sebagai satu band metal yang bergerak , buat demo , ep , single track then suruh kawan2 dengar . Semakin hari semakin lupa asal usul , lupa Siapa yang memberi rezeki , Siapa yang memberi bakat dan tidak gunakan bakat itu sebagai satu alat memajukan agama , bangsa dan Negara (ps: sory ayat skema). Puasa Aku entah kemana , solat jumaat lagilah masih lena di buai mimpi . Bak kata … “metal zone”  always in darkness and sins , Dan ini berterusan sehinggalah masuk ke dunia kerjaya.

Lepas habis belajar , Aku nie menganggur 3 bulan saja dan lepas tu pegi satu interview syarikat nak cari seorang junior exec. programmer /Sys aNalyst , Alhamdullilah rezeki ALLAH , Aku ditawarkan kerja itu dengan pendapatan yang agak bagus. Namun sayang pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk menunjukan syukur kepada YANG MAHA ESA ATAS PEMBERIAN NYA , NIKMAT NYA , Aku teruskan meninggalkan solat , puasa , solat jumaat , dan  melakukan pelbagai dosa – dosa . Setelah 2 tahun aku dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk menguruskan cawangan syarikat di negeri  lain.

Pada suatu pagi yang agak indah , dengan tidak sengaja , Aku hadir dalam satu ceramah agama yang dianjurkan oleh satu badan kerajaan tajuk nya “apa jadi pada kita di hari esok “ , Ustaz memulakan dengan kisah bagaimana kematian seseorang yang beriman dan kematian seseorang yang kufur , tidak bersyukur , munafik , riba , pendek kata yang tak sempat bertaubat la.

Ulasan dan Penerangan Ustaz benar member kesan mendalam pada jiwa Aku , aku dah mula berdebar-debar , stress tanpa sebab , kosentrasi kerja ku sgt teruk dan rating dah mula jatuh pada bulan tersebut . aku cuba tenangkan fikiran aku dengan mengambil cuti , namun tidak satu pun berhasil , aku masih mencari jawapan kenapa aku jadi seperti ini dan tiba-tiba aku jatuh sakit , tekat aku semumpama ada sesuatu dan pada malam hari , dada ku sesak nafas , seperti tidak boleh bernyawa .  Dalam sebulan lebih aku menderita sehinggalah aku terdengar orang selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , air mata aku mula mengalir , dan aku mula menyebut “Ya Allah “ , dan aku terlena sambil di temani bayangan-bayangan dosa yang pernah aku lakukan . Bangunnya di pagi itu , nafas ku sesak , aku sgt takut kerana merasakan diri ini terlalu banyak dosa , aku mula menyebut “Astrafirullahallalzim” , tapi hati ku masih tidak tenang sehinggalah aku mendengar satu ceramah mengatakan bahawa “Bertaubat akan membuat kita tenang” , aku cuba mencari bagaimana ingin bertaubat , bagaimana ingin kembali ke pangkal jalan , kembalikan hidupku yang sempurna . ALhamdullilah dengan limpah kurnia hidayah ini , aku Berjaya kembali ke pangkal jalan , kembali bersyukur , kembali mengenal erti nikmat walaupun sering ada bisikan yang men was-was kan ibadat ku. Mungkin ALLAH da makbulkan doa Mak Ayah aku .. Ameen . Dan aku juga rasa semakin tenang sekarang .

So pada sesiapa yang terbaca or yang baca entry ini .. Mari kita sama2 berdoa moga kita semua dipelihara dengan RahmatNya.”

“Kepercayaan itu umpama air jernih dalam bekas , pengkhianatan umpama setitik darah , bila di titiskan dalam air jernih itu … bolehkah air dalam bekas itu jernih semula ? bagaimana pula jika hati manusia apabila kita musnahkan kepercayaan itu? “

“Im Still heavy n Thrash  metal music Fan now but.. just take it as Entertainment “
“im still Musician now but take it as a hobby”

“hiburan di Syurga nanti sangat indah”













No comments:

Post a Comment