Monday 2 January 2012

..Kisah Cinta dalam Hidupku di saat zaman gila2 Remaja

Assalamualaikum

      Alhamdullilah dengan limpah kurnianya terbuka juga hati ini kembali ke dunia blog. Sebelum memulakan penulisan ini tidak salah rasanya saya bertanya khabar kepada pembaca blog saya semua "Apa khabar anda semua?" semoga anda semua sihat hendaknya.



     Setiap orang hampir pasti 99% pernah jatuh cinta , cuma masa , tempat , situasi , suasana yang berbeza yang menemukan setiap percintaan itu. Tak perlulah di huraikan apa maksud cinta itu kerana , kita semua tahu cinta yang paling agung adalah cinta kepada ALLAH S.W.T.


     Kita juga tidak akan terlepas dari jerat cinta , sini saya kongsi pengalaman cinta yang mematangkan hidup saya. Sejak bangku sekolah saya tiada cinta monyet atau apa-apa berkaitan dengan cinta yang saya tahu cuma lagu 'Metallica' , Iron Maiden , MegaDeth dan band-band thrash metal yang sewaktu dengannya. Hati ini keras dan susah nak terima jiwang pada waktu itu.Sehinggalah melanjutkan pelajaran peringkat diploma , saya sudah mula rasa minat dengan seorang gadis pada 2 semester sebelum saya tamat diploma. Dengan berbekalkan pakar-pakar cinta (roomate) , saya dah mula belajar cara-cara menarik perhatian gadis itu (Shima) . Nasib menyebelahi saya pada malam battle of the band 2004 , berjaya juga saya dapat no telefon shima , masa itu hati ini Tuhan saja yang tahu , happy beb .. yihaaa !!!!. Bermulalah slot2 dating slot2 gayut tiap2 malam , slot2 SMS , first dating .. hurm pantai teluk lipat yang sekarang dah mengalami hakisan . situlah tempat kami declare. Masa nie memang saya masih tak matang , orang sebut "I love you"  , nak juga saya layan but tak tahu apa itu cinta , sehinggalah semester akhir 2005 hubungan tidak kemana , masing-masing mula diam dan .. tamat cinta 2004 saya . Masa itu , nak kata sedih pun tak juga tapi dapat juga rasa pengalaman bercinta dengan hati yang tidak tahu makna cinta.


   Selepas Cinta 2004 saya berakhir , Alhamdullilah sebelum konvo diploma , saya dapat peluang sambung ijazah . Namun tanpa cinta sehinggalah 2006 , ini cinta yang paling memberi kesan dalam hidup saya. Inilah cinta pertama saya , rasa yang sukar untuk diluahkan , mungkin ini dugaan yang menguji saya, gadis itu bernama Aina. Dari sebagai kawan , ke teman repat sehinggalah sebagai pasangan kekasih . Nikmat Study bersama , Makan bersama , Tengok wayang , naik motor bersama bukan merempit tau . Perasaan saya pada aina nie sangat mendalam memang cinta sejati . kami bersama bahagia sehingga mac 2008 sahaja , Kerana pada jam 8.30 malam 31 mac 2008 tiba-tiba saya dapat satu panggilan dari aina ,

Aina : " syg i nak balik kampung"
Aku :  "Knp dear?"
Aina : "Ayah nak jumpa , urgent nak balik malam nie jugak"
Aku : "ok hati-hati , nanti jangan lupa sms i "
Aina : "ok"



Pagi 1 april 2008 , sekitar jam 9.00 pagi , tiba-tiba saya rasa ingin nak balik kampung , (ps : kami satu negeri tapi lain-lain kampung) , Dengan berbekal beg galas , saya pulas trottle TZM 150 saya balik kampung perjalanan dalam satu jam 30 minit , sampai saja di bandar rasa pulak perut lapar nak makan KFC , park motor , masuk KFC ... tiba-tiba terkejut ..


... 




.. Melihat orang kita cinta sedang suap nugget kat lelaki lain  dan orang yang kita cinta bawa lelaki itu kepada kita beritahu kita , kenalkan ini my special lovely BF , 


.. pernah kamu semua rasa itu ....

.>>(^_X) MASA tu hati ini sangat kabur , jantung macam nak gila berdegup..





>> bersambung >>>>

1 comment:

  1. cinta yg di dtg kan dgn cara yg sukar InsyaAllah akn kekal

    ReplyDelete